Manusia.. Merancang adalah kelebihannya, kerana manusia punya akal dan pemikiran, hasil pinjaman dariNya.. Manusia ada kemahuan, kerana punya nafsu.. Akal dan pemikiran jika dibatasi nafsu bakal mengundang perancangan yang cenderung kepada keburukan. Akal dan pemikiran logikal mampu menghasilkan nurkilan cintakan dunia. ILMU menbezakan corak pemikiran kita. Daripada mana ilmu datang pada zahirnya? Pengalaman, pendengaran, penglihatan, pengamatan, dan dari input pancaindera yang ada pada jasad kita. Siapa kita? Kemana kita? Apa kemahuan kita? Bagaimana kesudahan kita? Kenapa kita adalah kita? Fikir dan renungkan beberapa perkataan dan uraikan konsep dan presepsi kita terhadap REZEKI, NIKMAT, SYUKUR, BAHAGIA, AMAM, dan beberapa lagi yang difikirkan perlu.. apakah yang digambarkan oleh perkataan ini mungkin berbeza mengikut fahaman masing².. apa fungsi bahasa? Apa fungsi fahaman? Apa fungsi kita didunia?

0 comments:

Post a Comment

Copyright 2010 A Long Road
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger