Tinggi langat membiru suci..

Terbang aku dilamun kasturi..
Semerbak harum aku bermimpi..
Terhuyung hayang aku sendiri..
Hidup ceria gembira dihati..
Bermuram durja tiada disisi..
Sekian perjalanan aku terhenti..
Setiba aku disatu penanti..
Tercermin aku wajah sendiri..
Terpaku aku dipanah hakiki..
Jatuh terpelosok longlai berdiri..
Sedar aku jasad pantulan diri..
Bagai pungguk bulan dinanti..
Sukar aku menafikan mimpi..
Tepuk sebelah tiada berbunyi..
Risauku hampir realiti..
Tenggelam aku dalam ilusi..
Bidadari dikejar semakin menjauhi..
Lelah aku terkubur tidak disedari..
Namun pengalaman teguhkan hati..
Arjuna ini bisa menanti..
Andai bertahun takdir dicari..
Inikan pula sejenak menanti..
Bisik aku pada hati..
Sabarlah, ini jua takdir Ilahi..
Bukan aku berpatah hati..
Tapi kerna sidia tiada pengganti..
Mengapa aku selalu begini..
Adakah mungkin aku daif komunikasi??
Atau aku hanya pelipur lara yang singgah dijeti..
Andai tersilap, tegur dinanti..
Agar dapat aku perbaiki..
Salah dan silap adab duniawi..
Aku tidak terlepas dari hakikat ini..
Moga dapat kita fahami..
Keindahan sebenar jauh dari sini..
Andai aku bisa kecapi..
Keindahan yang terlukis disanubari..
Tapi ia hanya ilusi..
Buatku lemah di tanah gersang sepi..
Penanti yang belum pasti..
Dan aku bisa disini..
Pahit dan masam perlu dirasai..
Moga dapat aku mensyukuri..
Manis madu yang dikecapi..
Seperti sejuk rindukan api..
Umpama hangat idamkan salji..
Bersyukur apa yang diberi..
Kerana tak mahu terlepas lagi..
Bila tersedar nikmat sudah pergi..
Tiada guna untuk kesali..
Kerna ia sudah pergi..

Copyright 2010 A Long Road
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger