1. Kesihatan - Sakit @ Sihat
2. Harta - Miskin @ Kaya
3. Manusia - Sahabat @ Keluarga - Disayangi @ Dibenci
4. Nafsu - Peringkatan
Pandai² la nak jaga dan atasinya.. rujuk itu penting.. malu brtanya sesat jalan..
Sunday, December 27, 2009
Wednesday, December 16, 2009
18 - 20 Dec 2009
BUKIT TINGGI!!! Aku datang!!! Perjumpaan PSSGMM akan diadakan sempena Hari Pertabalan.
Sunday, December 13, 2009
Apa Yg Kita Cari...
Manusia.. Merancang adalah kelebihannya, kerana manusia punya akal dan pemikiran, hasil pinjaman dariNya.. Manusia ada kemahuan, kerana punya nafsu.. Akal dan pemikiran jika dibatasi nafsu bakal mengundang perancangan yang cenderung kepada keburukan. Akal dan pemikiran logikal mampu menghasilkan nurkilan cintakan dunia. ILMU menbezakan corak pemikiran kita. Daripada mana ilmu datang pada zahirnya? Pengalaman, pendengaran, penglihatan, pengamatan, dan dari input pancaindera yang ada pada jasad kita. Siapa kita? Kemana kita? Apa kemahuan kita? Bagaimana kesudahan kita? Kenapa kita adalah kita? Fikir dan renungkan beberapa perkataan dan uraikan konsep dan presepsi kita terhadap REZEKI, NIKMAT, SYUKUR, BAHAGIA, AMAM, dan beberapa lagi yang difikirkan perlu.. apakah yang digambarkan oleh perkataan ini mungkin berbeza mengikut fahaman masing².. apa fungsi bahasa? Apa fungsi fahaman? Apa fungsi kita didunia?
Sunday, October 18, 2009
Perjalanan ini...

Tinggi langat membiru suci..
Terbang aku dilamun kasturi..
Semerbak harum aku bermimpi..
Terhuyung hayang aku sendiri..
Hidup ceria gembira dihati..
Bermuram durja tiada disisi..
Sekian perjalanan aku terhenti..
Setiba aku disatu penanti..
Tercermin aku wajah sendiri..
Terpaku aku dipanah hakiki..
Jatuh terpelosok longlai berdiri..
Sedar aku jasad pantulan diri..
Bagai pungguk bulan dinanti..
Sukar aku menafikan mimpi..
Tepuk sebelah tiada berbunyi..
Risauku hampir realiti..
Tenggelam aku dalam ilusi..
Bidadari dikejar semakin menjauhi..
Lelah aku terkubur tidak disedari..
Namun pengalaman teguhkan hati..
Arjuna ini bisa menanti..
Andai bertahun takdir dicari..
Inikan pula sejenak menanti..
Bisik aku pada hati..
Sabarlah, ini jua takdir Ilahi..
Bukan aku berpatah hati..
Tapi kerna sidia tiada pengganti..
Mengapa aku selalu begini..
Adakah mungkin aku daif komunikasi??
Atau aku hanya pelipur lara yang singgah dijeti..
Andai tersilap, tegur dinanti..
Agar dapat aku perbaiki..
Salah dan silap adab duniawi..
Aku tidak terlepas dari hakikat ini..
Moga dapat kita fahami..
Keindahan sebenar jauh dari sini..
Andai aku bisa kecapi..
Keindahan yang terlukis disanubari..
Tapi ia hanya ilusi..
Buatku lemah di tanah gersang sepi..
Penanti yang belum pasti..
Dan aku bisa disini..
Pahit dan masam perlu dirasai..
Moga dapat aku mensyukuri..
Manis madu yang dikecapi..
Seperti sejuk rindukan api..
Umpama hangat idamkan salji..
Bersyukur apa yang diberi..
Kerana tak mahu terlepas lagi..
Bila tersedar nikmat sudah pergi..
Tiada guna untuk kesali..
Kerna ia sudah pergi..
Friday, September 25, 2009
xbest ar...
Dengan rasminya, aku mengistiharkan, esok cuti aku da habis.. wa.. kena balik ganu.. xbest.. td adik aku da btolak p bangi, sayu la pulak, kalau dia ada asyik buli je, hehehe.. sayang gak aku kat adik laki aku sorang nih.. emm.. barang² xkemas lagi, baju pun ada yg belum basuh.. malasnyer.. dah mood xde, malas nak buat keje, tgk mlm kang mcm mana..
Wednesday, September 23, 2009
xleh tido la pulak..
huhuhu... jam dah menunjukan 3pg.. mata dah ngantuk, td dah baring, tp xlelap la pulak.. esok hajat nak p jaga tokwan kat spital.. cuti da nak abis, tinggal lebih kurang 2 hari lebih je kat klantan ni(huhuu, xnak balik..). pastu bermula la kisah seorang pelatih kat KKABR.. seminggu blaja, xm.. pas sbln, xm lagi.. pastu.. argh.. mata da xleh bukak.. da mengarut da ni.. apa ye.. oh ya.. aku xtulis dale bahaso klate lagi dale blog ni.. em.. ngatok la pulok.. bereh, daripado aku ngapo kok se, baik aku gi tido dulu.. argh... zzzzzz.......
Kenapa ni?
Kenapa begini jadinya..
Aku tahu,
Tapi aku abaikan,
Aku rasakannya,
Tapi aku menidakkannya,
Aku tidak mampu menolaknya,
Tapi berat untuk menerimanya,
Bukan aku tidak mahu,
Tapi aku belum mampu,
Terduduk aku dalam terowong gelap,
Penuh duri dan ranjau tidak dapat diduga,
Namun, terpancar cahaya dihujung,
Dan aku yakin itu adalah jalan keluar,
Tapi kenapa?
Kenapa tidak aku terus berjalan,
Sedangkan aku nampak ada cahaya dihujung sana?
Mungkin duri banyak tertusuk,
Atau mungkin banyak halang aku tempuh?
Atau aku risau cahaya itu akan hilang sebelum sempat aku kesana?
Kenapa?
Mungkin....
Aku tahu,
Tapi aku abaikan,
Aku rasakannya,
Tapi aku menidakkannya,
Aku tidak mampu menolaknya,
Tapi berat untuk menerimanya,
Bukan aku tidak mahu,
Tapi aku belum mampu,
Terduduk aku dalam terowong gelap,
Penuh duri dan ranjau tidak dapat diduga,
Namun, terpancar cahaya dihujung,
Dan aku yakin itu adalah jalan keluar,
Tapi kenapa?
Kenapa tidak aku terus berjalan,
Sedangkan aku nampak ada cahaya dihujung sana?
Mungkin duri banyak tertusuk,
Atau mungkin banyak halang aku tempuh?
Atau aku risau cahaya itu akan hilang sebelum sempat aku kesana?
Kenapa?
Mungkin....
Saturday, September 19, 2009
Malam Raya
Petang semalam aku pi hospital, jaga n teman nenek aku kat emergency room, dalam 3jam pastu doc kata kena masuk wad, sama tu aku ngan pak menakan aku, Suyan. so, pergi la aku register wad utk tokwan aku. Kesian tokwan aku, hari raya kena dok hospital. Tp nak buat mcm mana, kalau pi hospital, risau lagi teruk dia punya sakit(tokwan aku da masuk hospital sebelum ni, tp doc discharge dia sbb nak raya). Perut dia da ok siket, tp still kena puasa coz doc nak tgk apa masalah perut dia(masa 1st sampai, doc masuk wire kat dalam hidung ke perut, utk buang kandungan dalam stomach dia, kuar air hijau, 2 bag lebih(1bag 4liter,kalau xsilap aku), bila dah 2 bag lebih, tokwan kata da lega siket, apa lagi, aku buat la pandai kat depan pak menakan aku, hehehe, aku kata kata dia, yg perut tokwan xleh nak hadam makanan, then contain dalam perut xleh masuk usus, air yg kuar tu mungkin laktase(jus hempedu), saje buat borak ngan pak menakan aku.. pastu doc kata menda yg sama, pergh, peresan jap aku.. tokwan still xleh makan, tp da boleh wat lawak(pandai gak tokwan aku nih).. aku berbuka kat wad, kul 9mlm lebih baru balik rumah.. sampai rumah, mak aku suruh pi beli halia, hahaha... lawak malam raya sudah bermula, mana aku nak cari halia kul 11mlm lebih.. nasib baik kelantan(kota bharu je haa) ada pasar borong(wakaf che yeh), sebagai abg yg rindukan adiknya(yeke?), aku ajak adik aku skali pi beli, ngan moto je, kalu ngan keta, pagi esok baru sampai.. pergh, ramai org xleh nak cite, kira mcm ada concert rock da world.. dalam pjlanan balik, jeng²jeng.. tayar motor bocor.. pjlnan ada dalam 8-9kilometer lagi nak sampai rumah.. dikala sepi ini, hati ku ketawa lagi(irama lagu..) hadoi.. malam raya.. aku call spupu, suh dia datang ambik adik aku, so boleh aku bawak balik moto. xsampai 10min berhenti tepi jalan, ada sorang mamat datang tanya pasal tayar, dia tu kira mekanik bgerak, dgn slamba aku jawap, 'xpe, da ada org nak datang', dia apa lagi blah la.. aku lupa yg spupu mana ada alat nak tukar tayar moto kat dalam kete dia.. haha.. satu lagi lawak malam raya berlaku.. tungu punya tunggu, ada la dalam 50min, spupu aku pun sampai, so bermula lah aksi menggelek moto di malam raya,(adik aku naik ngan spupu aku, so aku kena la tolak moto ni sorang².. huhu.. xsampai 5min, aku naiki je moto tu, malas nak tolak lagi.. semua ni berakhir dalam kul 3.30pagi.. ye.. hari raya yg best...
Thursday, September 17, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
